Tentang Asal Usul D'Awan
D'Awan adalah sebuah kumpulan yang mana telah berkecimpung dalam bidang muzik ini sejak tahun 2007 di Pantai Telok Chempedak Kuantan Pahang.Bermulanya kumpulan ini adalah dengan daya usaha Bob iaitu pemain guitar kumpulan ini berkongsi karya di Pantai Telok Chempedak yang dipanggil buskin oleh penduduk di sekitar Pahang.Kami akan berada di Pantai Telok Chempedak pada Malam jumaat dan malam sabtu bermula pada jam 2100 hingga 2400 untuk mencari pencarian modal untuk kumpulan kami membeli peralatan muzik baru.Setelah sekian lama berkecimpung,kami menerima banyak permintaan majlis hari jadi,makan malam,Pesta budaya,Teater Mahkamah di Taman budaya dan banyak lagi.Memandangkan globalisasi muzik sekarang banyak berkonsepkan relaks dan santai....kami menggunakan persembahan Akustik sebagai persembahan kami untuk menarik minat muda-mudi meminati musik ini.sekarang Alhamdulillah muzik yang disampaikan mendapat sambutan.
Kepada Sesiapa yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut.dapatkan no telefon di flyer D'Awan
No comments:
Post a Comment